Linguistik Melayu IV

Hai Assalamualaikum semua. Entri keempat tentang linguistik ini pula bertopikkan Final Year Project (FYP). Dalam bahasanya kami menyebut sebagai Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA). Pita sedap didengar apatah lagi bila makan nyumm ok hambar hahah 😂 Tapi selama dua sem melaksanakan kajian FYP itu, tak boleh lah dengar perkataan PITA tu takut gile hahah. Ok jadi perkara yang perlu korang tahu dalam membuat FYP, pertama sekali ialah ambil kelas Methodology Research (Kaedah Penyelidikan) ini bergantung kepada kos jugaklah. Pensyarah akan ajar anda perkara yang wajib tahu dan buat dalam FYP. Secara umumnya ada lima bab : 

Bab 1 Pendahuluan
Bab 2 Tinjauan Literatur / Sorotan Kajian
Bab 3 Metodologi Kajian 
Bab 4 Hasil kajian dan Perbincangan
Bab 5 Kesimpulan dan Cadangan

Ok diringkaskan cerita, disini saya ingin berkongsikan pautan yang boleh dipercayai. Untuk melaksanakan penulisan ilmiah ini, dibolehkan untuk merujuk pakcik google tetapi kenalah bijak memilih sumber yang sahih. Kadang kala kita rasa "alamak tak jumpa sorotan kajian  (literature review) lah". "Tajuk ni macam takde info tambahan pun". Tetapi sebenarnya ada je maklumat ilmiah tentang skop bidang ilmu yang korang kaji.

Berikut merupakan laman sesawang yang saya gunakan sepanjang berFYP. Oh ya, yang bukan bidang bahasa pun boleh guna tetapi kenalah pandai menggunakan kata kunci yang betul agitu.
Untuk pelajar UPM, rebut peluang menggunakan laman web yang disediakan secara percuma. 
Ada banyak lagi laman sesawang yang dapat membantu pelajar mencari bahan secara dalam talian, tapi hanya pautan di atas sahaja saya masih simpan😅. Nukilan ini telah dirangka pada tahun 2019 tapi setelah tamat pengajian baru sempat untuk saya kongsikan di sini. Perkongsian ringkas ini mungkin sudah ramai yang tahu tetapi saya kongsikan juga untuk pelajar kos BM. Semoga dipermudahkan segala urusan penulisan ilmiah anda. 

#pkpb #malaysiaboleh #onlineclass #odl2020 #FYP

Comments