Hai Assalamualaikum.Salam dirgahayu bahasa. Pos Linguistik Melayu III ini adalah tentang latihan industri. Kita sering menggunakan perkataan internship bagi merujuk kepada perkataan latihan industri ataupun praktikal. Pernah tak terfikir ada tak perkataan internship/interns dalam Bahasa Melayu? Haa, sebenarnya ada terjemahan bagi istilah interns itu iaitu magang. Cumanya orang kita jaranglah gunakan perkataan magang itu jadinya kedengaran agak janggal sedikit.
Rujukan laman web http://prpm.dbp.gov.my/ |
buku log umpama diari kami semasa berpraktikal |
Magang kami para pelajar Bacelor Sastera lebih kurang 7 minggu semasa cuti sem. Walaupun jangka masa latihan tidak sepanjang seperti kos lain , kami tetap mempunyai prosedur i) sebelum, ii) semasa dan iii) selepas latihan industri yang perlu dipatuhi. Latihan industri ini ada gred ya , boleh menentukan naik turunnya cgpa anda, ha cuak kan 😆. Maka saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi tips dan pengalaman kami yang telah menamatkan latihan industri :)
Perkongsian ini boleh juga dijadikan panduan kepada pelajar selain bidang bahasa.
i) Sebelum praktikal
- Mencari tempat praktikal dan berkunjung ke sana untuk bertanya. Pastikan tempat yang anda mahu itu adalah tempat yang pensyarah senaraikan dan sarankan. Ikut je, para pensyarah lebih tahu.
- Atau hubungi dahulu tanya terima ke tak pelajar praktikal, jgn bila dah hantar borang baru tahu yang tempat itu tak ambik budak praktikal haa kan dah bazir masa. Persoalan disini, bagaimana nak dapatkan no telefon pejabat tersebut? Cara pertama, boleh layari laman web rasmi jabatan/ syarikat tersebut. Cara kedua, hubungi MYGCC, 03-80008000, ini merupakan pusat panggilan yang boleh menghubungkan anda kepada jabatan yang hendak anda hubungi, ye lah kadangkala bila telefon susah nak jawab talian sibuk nak menjawab panggilan orang awam.
- Hantar resume dan dokumen yang berkaitan. Jikalau secara emel, disarankan guna alamat emel peribadi nama sebenar ya. wajahkucantik@gmail.com dan gambar profil emel pula kucing jiran, kalau korang sendiri dapat emel sebegitu untuk memohon kerja agak-agaknya korang nak ambik kerja ke tak haa lu pikir la sendiri agituu😂 ok nak hantar emel pun ada caranya tau.
ii) Semasa praktikal
- Menyesuaikan diri, ambil tahu tentang jabatan tempat anda berlatihan industri itu menawarkan perkhidmatan dan fungsinya.
- Beritahu bidang ilmu yang anda pelajari kepada staf supaya mereka cakna dan dapat memberikan tugasan / kerja setanding dengan ilmu, kemampuan dan kemahiran anda
- Menjaga nama baik diri sendiri dan universiti, berpraktikal sekali dengan geng takde hal tapi berpada-pada ok bila gelak ketawa tuu. hihi
- Belajar perkara baharu, kalau tak pernah guna lansung mesin cetak (photostate) yang besar mcm dekat kedai tu haa masa ini lah cuba godek. Usah malu bertanya.
- Perhatikan budaya kerja dan ambil peduli, gunakan peluang yang ada ini untuk belajar perkara yang tiada dalam kuliah terutamanya kemahiran insaniah seperti komunikasi dan kerjasama. Manalah tau dengan prestasi yang baik, dapat tawaran kerja disitu setelah tamat belajar.
- Walaupun ada pelbagai kerja yang kena buat dan membantu staf disitu tanpa elaun, tetaplah ceria, ronda-rondalah kawasan kerja itu dan tangkaplah gambar banyak-banyak boleh buat jadi kenangan dan bukti buat kerja ok hihi
- Pada minggu terakhir, mohon kepada pegawai disitu buatkan sijil sempena tamat latihan. Mengucapkan terima kasih kerna menerima kehadiran anda.
iii) Selepas praktikal
- Menyiapkan buku log dan laporan praktikal *jgn lupa mntak sijil tamat latihan hehe
Catatan tepi,
Perjalanan praktikal kami pelajar bidang bahasa tak sama dengan pelajar Ijazah Pendidikan ya. Kami praktikal di pejabat jabatan kerajaan/ agensi tetapi pelajar pendidikan berpraktikal sebagai guru praktikal. Kebanyakkan kami berpraktikal di dalam pejabat dan membuat kerja-kerja ala pentadbiran seperti menyunting artikel, menjawab panggilan telefon dan membuat apa-apa kerja yang berkaitan.
Comments
Post a Comment