Linguistik Melayu?

Hai Assalamualaikum. Entry kali ini aku akan kongsikan pasal apa itu linguistik Melayu ini. Sambil2 itu ,aku akan selitkan beberapa gambar heheheh .
........
Dalam banyak2 bidang pengajian di Universiti Awam , bidang sastera selalu menjadi pilihan terakhir masa isi permohonan UPU (😂selalunya pelajar lepasan STPM buat mcmni) . Okok jadi apa itu linguistik?  Linguistik ini bukannya stik makanan tu tau(ok lawak hambar hoho ) . Linguistik ini ialah bidang ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Mesti korang terfikir apa kaitan bahasa dengan saintifik pulak ni . Begini dalam tiap ilmu bahasa ada teori dan praktikalnya . Pelajar jurusan linguistik Melayu akan belajar tentang teori bahasa ,linguistik am , falsafah bahasa dan lain-lain lagi . Makna kata BM itu bukan sekadar tatabahasa dengan penulisan seperti kita belajar di sekolah dulu. Bahasa ini ada variasi dan terdapat pelbagai istilah bahasa yang telah diwujudkan oleh sarjana yang mengkaji bahasa. Antara sarjana Bahasa Melayu yang terkemuka di Malaysia kita ini ialah Nik Safiah Karim , Abdullah Hassan , Hasmah Haji Omar dan ramai lagi. Mereka ini lah yang banyak menulis buku tentang linguistik Melayu dan subbidang linguistik. 
........
Ok selesai intro pasal linguistik . Jadi dekat universiti awam mana yang ada menawarkan bidang linguistik Melayu ni? Antara UA yang ada kos ini ialah UPM , UM dan UKM (disebut kos persuratan Melayu yang silibusnya seakan-akan kos linguistik Melayu) . Di UPM , kos linguistik Melayu dikenali sebagai Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu. Fakulti pula Fakulti Bahasa Moden dan  Komunikasi (FBMK) . http://www.fbmk.upm.edu.my/ website FBMK. 
Geng BLM adalah nickname kos kami, comelkan , 16/17 pula tahun kemasukan kami 😆
......
Bergambar dihadapan fakulti menjadi kebiasaan, kenangan gitu.

.......
Antara subjek yang dipelajari oleh pelajar linguistik Melayu UPM

.......
Bukit Ekspo UPM selalu jadi tempat lepak petang bersama rakan

.......
......
Pemandangan waktu senja kolej serumpun.

Peta kawasan UPM yang luas. Ada 15 fakulti dan 17 kolej.
......

Ok , setakat ini sahaja coretan aku tentang Linguistik Melayu dan sedikit suasana UPM. Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi pos akan datang.

Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan kos ini boleh tinggalkan komen anda :)

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. boleh jadi cg dekat bm dekat sekolah rendah tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau graduan linguistik Melayu UPM tak boleh jadi guru sbb bukan bidang pendidikan bahasa Melayu, tak belajar pedagogi & tak buat praktikal sbg cikgu, tapi boleh je mohon jadi guru ganti mana² sekolah ikut budi bicara sekolah tersebut.

      Delete

Post a Comment