BBM3410Satu2019 : Ketika dan Kalimat

Ketika masuk saja kelas Prof Normaliza pada kuliah pertama, kalimat yang jelas kedengaran ialah satu yakni REDHA.
Kenapa perlu redah itu? Eh silap redha. Sebab semester ini sungguh berat subjeknya. Multimedia dalam bahasa Melayu bukan biasa-biasa tau. Kami belajar asas fotografi dan multimedia. Hasilnya anda boleh tonton lakonan amatur kami di youtube setelah beberapa cut and action ðŸ˜‚ Paling gempak hasil tugasan kami ialah membuat kalendar guna photoshop tau. Video dibuat secara berkumpulan, nama kumpulan Wakanda Production. Jgn tanya kenapa wakanda sebab itu je yang kami terfikir. Hahah
Lama sungguh rasa perjalanan sepanjang untuk mendapatkan segulung ijazah. Pelbagai suka duka yang kami tempuhi. Elektrik takde lah. Air takdelah. WiFi macam chipsmore lah jap ada jap takde. Ketika kami sedang berada tahun kedua pengajian, kami telah pun kehilangan salah seorang rakan BLM. Alfatihah kepada arwah Nur Syamimi Badar. Sedih pula mengenangkan kisah ini. Hidup mesti diteruskan.
Alhamdulillah kini sudah sampai ke penghujung semester akhir. Pada masa coretan ini di karang masih ada geng BLM yang bertungkus lumus menyempurnakan PITA. Justeru itu, saya Wani Rajin bukan nama sebenar ingin berterima kasih kepada semua yang membantu untuk memantapkan lagi kemahiran insaniah diri. Terima kasih kepada para pensyarah, tutor, rakan sekumpulan wakanda production dan semua yang mengenali diri ini. Huhu Alamak terlebih sudah ucapan. Ok sekian terima kasih.


Imej mungkin mengandungi: Hafiza Shawani Ismail, tersenyum, berdiri
Suka · Komen
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang
Suka · Komen
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, teks dan luaran
Suka · Komen
Imej mungkin mengandungi: 18 orang, termasuk Yuzalini Maryus, Muhd Naim Fadhli, Nur Afiqah Abdul Rahman, Hakimah C Ma, Danun Ain dan Fatin Syuhaida, orang senyum, teks

Suka · Komen
Suka · Komen
Imej mungkin mengandungi: Hafiza Shawani Ismail, tersenyum, berdiri
2
Suka · Komen
Suka · Komen


Comments