Dunia blogging
tak menjadikan anda seorang yang mudah terkenal seperti laman media sosial yang
lain. Namun , jikalau tahu caranya mampu menjadikan anda seorang blogger
terkenal yang mempunyai peminat tersendiri. Misalnya, Cik Epal, Fatin Liyana
dan Hanis Zalikha.
Sehubungan itu,
apakah sebenarnya platform blog itu? Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog
merupakan satu bentuk perbincangan yang boleh dibuat penulisannya secara formal
ataupun tidak formal. Hal ini kerana, blog sering juga dijadikan sebagai
kegunaan peribadi secara alam maya. Pendek kata, diari alam maya. Anda boleh
menulis apa-apa sahaja dan bila-bila masa dimana jua.
Selain itu menurut
Zaini et al. (2012), penggunaan blog dapat membantu para pelajar untuk
mengembangkan kemahiran menulis semasa pembelajaran bahasa. Secara tidak
lansung, mereka sendiri dapat merangka idea dan menyusun pengunaan tatabahasa
yang betul dalam penulisan mereka. Maka, para pelajar juga tahu apakah
kandungan penulisan yang sesuai untuk dikongsikan.
Di samping itu,
Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyatakan bahawa terdapat 10 cara penulisan
yang baik untuk blog. Antaranya ialah tajuk santai yang dapat menarik perhatian
pembaca, penulisan yang menggunakan perkataan mudah difahami dan menulis berkaitan
isu semasa yang penulis mampu untuk mengupasnya serta kandungan perkongsian
yang mempunyai ilmu pengetahuan.
Pada masa yang
sama, penulis blog juga harus tahu apakah jenis kandungan yang relevan dan
mendapat dalam kalangan pembaca. Hal ini kerana, menurut satu kajian yang
menggunakan kaedah kuantitatif mendapati bahawa penulisan blog sesuai untuk
tiga jenis perkara. Perkara pertama ialah pembelajaran kesusasteraan. Genre
kesusasteraan yang sering terpapar di blog ialah skrip drama, sajak, cerita
pendek dan pantun. Cerita pendek menjadi pilihan penulis kerana cerita pendek
ini mudah untuk difahami oleh pelbagai golongan usia.
Perkara yang
kedua ialah pembelajaran bahasa. Jenis yang dikatakan sebagai pembelajaran
bahasa ialah ekpressi perasaan, surat dan teka-teki. Hasil kajian mendapati
bahawa penulis memilih ekpressi perasaan. Mereka berkata blog menjadi medium
yang sesuai untuk menulis apa yang dirasai oleh diri mereka. Seterusnya ialah
pembelajaran teknologi. Terdapat tiga jenis pilihan iaitu audio, video dan
gambar. Kebanyakkan responden telah memilih audio dan video untuk menghasilkan
kandungan penulisan yang menarik perhatian. Mereka boleh berkongsi apa sahaja
perkara yang menarik bukan saja secara bertulis tetapi melalui video.
Kesimpulannya, penggunaan blog dalam pembelajaran dapat
membantu perkembangan bahasa sesorang itu. Secara tidak lansung mampu menjadi
seseorang itu dapat berkomunikasi dengan baik melalui penulisan blog. Keyakinan
dan motivasi untuk menulis juga dapat diasah.
Comments
Post a Comment