BBM3410Satu2019: Medium Shot (Wakanda Production)

Assalamualaikum, salam ketiga untuk asas fotografi yang ketiga. Ok ini pula ialah medium shot. Dalam bahasa yang mudah faham, benda yang hendak difokuskan itu berada dalam jarak yang sederhana. Terdapat dua jenis medium shot yang kami ambil iaitu medium shot manusia, kedua pula medium shot manusia dan pemandangan.

Medium Shot Manusia 
1) Kelihatan seorang gadis yang amat jarang sekali untuk berskirt. Demi tugasan, beliau anggun sekali berskirt pink dan diapit oleh dua gadis pengguna tegar seluar jeans.



2) Sarah : Eh itu macam Cik Comel je.
Amira: Sapa Cik Comel?  Macam pernah dengar je.
*Cik Comel ialah nama gelaran yang diberikan oleh Dr Che Ibrahim kepada lembaga hitam FBMK.




3) Aqilla cuba memayungi diri sendiri dengan membuat tangannya seperti bumbung rumah. Amira kesitu untuk memayungkan Aqilla walaupun hari tidak hujan. Kerana tidak mahu kawannya berkelakuan aneh sendirian. 





Medium Shot Manusia dan Pemandangan

1) Wani ditarik oleh Amira sambil berkata nak masuk syurga kena dijalan yang betul. Bukannya berdiri tengah jalan, itu namanya membawa diri 'jalan dahulu'.






2) Dirah, Aqilla, Sarah dan Fatin sedang melenggang setelah kenyang makan. Wajah gembira masing-masing kerana perut diisi dan kelas prof tiada pada minggu keempat eh heheh.



3) Sarah dan Aqilla sedang berebut payung. Katanya payung itu nak terbang sebab terletak atas jalan. Maka, mereka cuba berebut. Manalah tau tiba-tiba dapat terbang tanpa kapal terbang.

Comments