BBM3410Satu2019: Long Shot (Wakanda Production)

Assalamualaikum semua. Ok ini pula ialah asas fotografi yang kedua iaitu long shot. Gambar yang ditangkap sejauh mata memandang bak kata orang Melayu. Untuk long shot juga ada dua jenis iaitu long shot pemandangan dan kedua pula long shot pemandangan dan manusia.

Long Shot Pemandangan dan Manusia

1)  Pemandangan dan manusia di jalan kampus utama. Dekat sini lah sesuai amat jikalau nak berpayung melenggang ke kelas sebab pemandangan sini cantik tau. Bunyi yang kedengaran pula lain daripada lain, bunyi hon bas bila kau jalan tak pandang kiri kanan. 


1) Suasana dekat Cameron Highland. Gigih itu manusia nak berjalan di tepi pokok-pokok teh. Demi tatapan orang di media sosial. Teh sekarang ini makin popular gara-gara pickupline moden, Dalam banyak-banyak teh, teh apa yang paling menarik? You lah, sebab I dah teh tertarik dengan you. Eeeuu macam-macam pickupline geli tengkuk sekarang ini. 



3) Ini ialah kawasan ladang depan kolej serumpun. Sayup saja menara Ioi City itu dari sini. Bila jerebu, bangunan itu hilang dari radar. Dengan jodoh sekali tak nampak eh ehehhe. 😂

Long Shot Pemandangan


1) Kalau rasa nak berguling dari atas bukit lepas itu nak pergi tengok muzium. Bolehlah singgah ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Jika mahu rasa keinsafan, sebelah muzium ialah tanah kubur dan jirat. Semua ini percuma okeh. 



2) Ini ialah tempat yang sesuai untuk bersantai dan jogging di sebelah fakulti bahasa. Tetapi jikalau tidak berani, tak disarankan. Sebab sini sunyi amat.

3) Pemandangan pantai di Port Dickson. Sayup-sayup bangunan itu ialah hotel-hotel belaka. Kalau setakat nak rendam kaki, tak perlu checkin hotel, pantai kan ada. Percuma untuk rendaman seisi keluarga. 

Comments