BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

Hai Assalamualaikum semua. Ok ini merupakan tugasan untuk minggu keempat berkenaan tips belajar dengan mudah. Saya akan kongsikan 2 tip iaitu pembelajaran mudah dalam blogspot dan pembelajaran mudah dalam bahasa. 


PEMBELAJARAN MUDAH : BLOGSPOT
  1. Blogspot ini bukan saja boleh diakses melalui laptop tapi boleh juga guna telefon pintar anda juga tau. Caranya mudah saja pastikan anda telah login gmail blogspot di akaun gmail telefon pintar. Kemudian taip saja, blogspot. Anda tekan itu. Dan tadaaa blog anda akan terpapar.
  2. Pengisian di blog boleh disunting semula bila-bila masa. Jikalau, hendak draf saja pun boleh juga. 
  3. Blog ini sesuai untuk apa-apa jua perkongsian umum. Sebab blogspot tiada angkatan makcik bawang di ruang komentar. 
  4. Blog bersifat santai. Anda boleh jadikan penulisan sebagai hobi. Tiada masalah hendak membuat hantaran bila-bila masa kerana blog tiada butang like seperti media sosial yang lain. Hehehehhe. 
*Sekian tip tentang blogspot dari saya cikrajin yang mula mengenali dunia blogspot sejak alam sekolah menengah. Walaupun, blogku agak sendu. 


PEMBELAJARAN MUDAH : BAHASA

  1. Kemahiran bahasa bermula dengan mendengar. Kemudian kita bertutur, membaca dan menulis. Jadi apa jua bahasa kita kenalah rajin membacanya dan menulis. 
  2. Bahasa boleh juga dipelajari secara tidak lansung. Menonton televisyen dengan membaca sarikata dapat membantu untuk memahamkan lagi penggunaan perkataan itu. 
  3. Menyanyi pun boleh membantu kita untuk menguasai penggunaan bahasa itu. Dengarlah lagu dan cuba mencari apa perkataan makna tersebut.
  4. Kerapkanlah merujuk kamus. Apa jua bahasa pasti ada pusat untuk merujuk tentang bahasa. Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka lah badan yang bertanggungjawab. Maka, sekarang ini dah boleh semak perkataan itu secara atas talian juga tau. Google saja prpm. http://prpm.dbp.gov.my/

*ok sekian tip pembelajaran mudah. Harap dapat membantu kalian berkenaan blogspot dan bahasa. Jumpa lagi di lain hantaran.

Comments