Hai Assalamualaikum semua. Ok ini ialah entri seterusnya untuk tugasan subjek Multimedia kami. Tugasan kali ini adalah untuk menceritakan satu cerita yang tak dapat dilupakan.
Heheheh. Mari cik wani kongsikan satu kisah beberapa tahun yang lepas. Tapi yang diceritakan ini bukanlah seperti isi gambar diatas. Kisahnya..... Ketika aku masih tak minat sangat tentang perihal dapur, hanya minat dengan makanan saja hihi ππ Nak dijadikan kisah ketika musim hari raya Aidilfitri, di kampung belah mama di Jitra. Pada hari raya entah keberapa hari, masih ada tetamu yang kunjungi mengunjungi. Rumah Arwah Tok Ngah sediakan pelbagai juadah. (Alfatihah Tok Ngah, kami rindu dengan tokngah). Sedang melayan tetamu, air yang disediakan sudah pun habis dan harus dibancuh lagi. Aku disuruh untuk membuat air sarsi. Aku sebagai seorang yang rajin lalu terus ke dapur tok ngah untuk membuat air sarsi.
Tetapi air sarsi aku menjadi bahan jenaka sanak saudara kerana aku bukan menyediakan air sarsi. Rupanya aku terbuat air kicap. Ya tuhan malu amat π Kicap2 tok ngah bubuh dalam botol sirap. Botol sirap yang besar 1 liter itu. Dan botol sirap itu sebelah botol kicap. Aku dengan yakin terus menghidangkan air sarsi versi kicap kepada tetamu nasiblah sanak saudara merasai air itu. Macam manalah aku nak tau itu air sarsi ke air kicap, warna air sarsi kan seperti warna kicap, hitam2 manis gitu. Itulah kenangan tiap kali hari raya. Pengalaman untuk aku, aku akan berhati-hati bila dekat dapur, tengok, bau dan rasai dahulu sebelum buat air ataupun masakan.
Lebih kurang beginilah situasi yang aku alami zaman remaja dahulu *gambar ini diambil daripda Facebook |
Comments
Post a Comment