Linguistik Melayu II

Assalamualaikum. Fuhhh bersawang sudah blog ini, sudah setahun tak buat entri terbaru. Okeh entri kali ini menjadi sambungan kepada Linguistik Melayu .https://bicarasirajin.blogspot.com/2018/08/linguistik-melayu.html 
Dalam bahagian itu, aku menulis sekadar mukadimah tentang apa itu linguistik. Entri kali ini, aku ingin kongsikan apa cabang/ilmu/subjek yang dipelajari dalam bidang ini. Penulisan ini juga untuk melapangkan hati bakal penuntut bidang ilmu bahasa Melayu. Mesti ada yang agak sayu bilamana dapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang kurang popular di negara kita ni. Ya bidang bahasa bukanlah bidang yang menjadi kegilaan ramai.




Baiklah, linguistik ini terbahagi kepada dua iaitu linguistik mikro dan linguistik makro. Linguistik mikro ialah kajian mengenai perkara-perkara/struktur bahasa yang terdapat dalam bahasa itu sendiri. Perkara tersebut ialah 
fonologi
morfologi
sintaksis,   
semantik,
leksikologi
fonetik

Linguistik makro pula ialah ilmu bahasa sebagai objeknya yang dihubungkaitkan dengan faktor luar bahasa. Contoh jenis sublinguistik ini ialah psikolinguistik (pemikiran + bahasa) , sosiolinguistik (masyarakat + bahasa). Ok setakat ini saja penerangan aku berkenaan linguistik hehe, nak lebih kena pergi kuliah okeh ๐Ÿ˜‚ Google pun boleh tapi baca sumber yang sahih okeh.

Seterusnya, mesti tertanya2 apa lagi yang boleh dipelajari kan? Ha, istimewanya bidang bahasa Melayu ini boleh belajar juga ilmu tulisan Jawi. Kemahiran menulis dan membaca Jawi ni kena asah juga tau. Sebab, sistem tulisan jawi ini juga sudah berkembang mengikut peredaran zaman. Zaman sekolah kita rasa, kita mahirlah gila jawi tapi bila dah dewasa mesti ada perkataan yang merangkak2 nak tulis baca. 

Mana satu ejaan yang betul untuk perkataan bahasa, atas ke bawah?

Di Universiti Putra Malaysia, kami pelajar bidang Linguistik Melayu diwajibkan untuk mengambil subjek Sistem Tulisan Jawi. Fakta tentang Jawi, jawi merupakan tulisan asal kepada bahasa Melayu,Huruf tulisan jawi pula tidak sama 100% dengan huruf yang digunakan dalam bahasa Arab. Kenapa? Sebab ada huruf Jawi yang tiada dalam bahasa Arab. Contoh huruf yang tiada bahasa Arab tapi hanya wujud dalam tulisan Jawi Bahasa Melayu. 

Uniknya tulisan Jawi 

Ok sekian coretan untuk bahagian kedua. Mungkin ada bahagian ketiga kalau aku ada idea untuk menulis. Maaf jikalau coretan bahagian kedua ini tidak mampu menyakinkan hati anda bahawa bidang Bahasa Melayu, adalah bidang luas untuk dikaji dan diterokai.

*Ehem jawapan ejaan yang betul, perkataan yang atas tau.Tiada alif selepas huruf ba. Nak tau kenapa sila google ๐Ÿ’ญ

Comments

Post a Comment