Program Semarak Bahasa Minoriti Suku Orang Asli Kanaq

Assalamualaikum dan salam Bahasa Melayu untuk semua πŸ˜‰ 
-------------------------------------------
Tahukah anda bahawasanya di dalam Malaysia ada lagi pelbagai etnik minoriti termasuklah masyarakat kaum asli Kanaq? Pernah dengar tak nama suku kaum Kanaq sebelum ini , mestilah tak dengar ataupun tahu tentang mereka kan. Samalah juga dengan kami geng BLM yang kesana pada 14 April dan 15 April 2018 lalu. Apabila tiba disana baru lah kami tahu tentang keadaan masyarakat ini yang terletak di Kampung Mawai Sg Sedili , Kota Tinggi , Johor. 
---------------------------------------------
Sedikit maklumat tentang orang Asli Kanaq ini , mereka adalah satu-satunya kaum Kanaq di Malaysia yang tinggal di Kota Tinggi , Johor. Bilangan penduduk terkini mereka adalah sebanyak 86 orang sahaja berbanding kaum orang asli yang lain. Mereka dipanggil nama kaum asli Kanaq kerana fizikal mereka seperti badan kanak-kanak suatu ketika dahulu. 
----------------------------------------------
Kunjungan kami ke sana adalah untuk mendapatkan data bahasa kaum Kanaq ini , adakah masih lagi menggunakan kosa kata perkataan bahasa orang asli dalam pertuturan harian  ataupun sedikit demi sedikit hilang kerana asimilasi. Kami telahpun menemubual sebilangan masyarakat disitu untuk mendapatkan data bahasa mereka . Kunjungan ini juga adalah sebahagian daripada tugasan kami untuk kos Sosiolinguistik. 
----------------------------------------------
Petang 14 April 2018



Gambar- gambar diatas adalah sekitar kawasan perkampungan suku asli Kanaq. Sebanyak 21 buah rumah sahaja di dalam kampung ini . 
---------------------------------
Saya berbual dengan pegawai JAKOA Kota Tinggi Puan Janet tentang bagaimana caranya hendak mulakan bicara dengan kaum Kanaq. 







Berikut adalah gambar kami semasa bersembang santai petang bersama penduduk disitu. Kalau anda nak tahu , mereka adalah kaum asli yang sangat pemalu orangnya. Senyum-senyum malu mereka disaat kami bersembang. Selepas itu , pada pukul 6 petang  pelajar lelaki bermain bola sepak dengan remaja lelaki kaum Kanaq di padang kampung sebagai cara untuk beramah mesra dengan mereka. 
--------------------------------

15 April 2018 

Sesi mendapatkan data , tengok itu agak pemalu mereka apabila bercakap dengan kami. 

 Cuba teka siapa dekat atas pokok , πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ kami cuba untuk mendekati 2-3 orang kanak - kanak mereka untuk bersembang , begitu pemalu mereka sampai tak mahu turun , jadi kami pun bersembang sambil dongak keatas. Oh ya , ini ialah pokok ceri kanak- kanak tersebut seronok mengutip buahnya. Kaum Kanaq memanggil batang untuk perkataan pokok. 

---------------------------------
Ok itu sahaja yang saya dapat kongsikan untuk pos kali sahaja , 😘sekian terima kasih dan salam Cintailah Bahasa Kita , jumpa lagi untuk pos akan datang. 

Comments