ETS ke Utara

Hai Assalamualaikum. Kali terakhir kemaskini blog ini bulan Januari hari tu. ahahahhah . Untuk entry kali ini , nak kongsikan pengalaman naik ETS ke Utara Malaysia (tentang cara pembelian tiket secara online dan suasana dalam ETS)  . Yeahhhh ahahhahah orang lain  dah banyak kali naik ETS tak ingin pun nak menulis dkt blog bagai , aku pulak teruja , first time naik laa katakan.  😂   

------------

1) Cara pembelian tiket secara online 
  • Ada byk cara utk beli tiket ETS ini , kalau secara online aku suka utk beli tiket di laman sesawang easybook.com 
  • http://www.easybook.com/en-my    ,  ok ni linknya , kalau korang nak beli tiket dkt sini , mudah tanpa sign up pun boleh , 
  • Klik train ticket , kemudian isi lah ruangan tarikh dan destinasi anda serta maklumat diri.
  • Jika ada kad konsesi pelajar boleh lah gunakan sebaiknya , dapat separuh harga kottt , contohnya , KL Sentral ke Taiping dalam RM48 sahaja tetapi bila masukkan no kad anda , berpeluanglah dapat diskaun itu , jadi dalam sekitar RM20 lebih tapi aku beli harga biasa sebab takda kad konsesi itu. huhu 
  • Ok sebelum kita bayar , mesti kita pilih kerusi dulu kan. Memandangkan aku pertama kali naik bersama adik aku , maka aku pun pilihlah  kerusi 5B dan 5C di Koc A (main pilih je sebab taktau  rupa kedudukan kerusi dalam ETS) dan ini paling penting ttg tiket ETS adalah cepat laku , laju jaa org beli , pi Taiping dalam 3 jam 30 min mcm tu , sapa takmau naik ceq oi, orang-orang yang kerap balik kampung tapi xmau lenguh2 , kebas2 kaki atas bas boleh la cuba hahahha jadi  bila dah rancang nak beli tiket tu jgnlah berlengah hahahahah 
  • Kedudukan kerusi di dalam Koc ETS ini ada 3 jenis , ada kerusi yang menghadap ke utara , menghadap selatan , dan kedudukan kerusi seperti meja makan (yg  meja di tengah , 2 kerusi + 2 kerusi) , susah nak bayangkan ? hahahha ni adalah link  rajah kedudukan kerusi  https://goo.gl/images/s4vLxP , jadi kalau korang rasa ragu-ragu mcmmana rupa dia  boleh lah rujuk sini . 
  • Selepas dah pilih dan bayar , korang akan terima emel pembelian tiket dan apa lagi cetak lah segera hahahh cetak xperlu sesaiz A4 , saiz satu perempat A4 pun okeh , asalkan pembantu keretapi boleh baca butiran tiket korang. 
2) Suasana dalam koc ETS 
  • Berikut adalah gambar yg sempat aku tangkap dalam ETS , hahahaa tertidur punya pasal nasib tak terlepas stesen , ETS ini akan berhenti utk turun dan ambil penumpang kurang daripada 5 minit tau , oleh sebab ETS ini kena sampai ke stesen yang seterusnya seperti yang dijadualkan. 
  • Oh ya , ETS yang kami naik ini ialah ETS Gold. ETS ini ada dua jenis ,ETS Gold dan ETS Premium . For more information , check it out in KTMB website okeh. 







  • acah macam naik flight , hahahha makanan adalah sendirian berhad tau , tq to my angah belanja along this wrap 🙊
* ok sekian sahaja jalan-jalan aku didalam ETS pada 16 Februari 2018 , bertolak pada 8.10 malam tiba di Stesen Taiping dalam pukul 11.30 lebih kurang. In sya Allah kita jumpa lagi dalam entry seterusnya kalau aku ada benda yang menarik utk dikongsikan. 😀

Comments