#DONEFIRSTYEAR πŸ˜‚ sesi 2016/2017

Alhamdulillah. Selesai tahun satu pengajian. Berbaki lagi 2.5 tahun. Kenapa ada setengah tahun pula ni?  Haha bacelor sastera kami 7 semester sahaja makanya bersamaan dengan 3.5 tahun lah kan. Dalam posting ' done first year ' ini ingin ku kongsi kepada kalian, segala aktiviti yang aku ceburi sepanjang bergelar kolegiat kolej 12 gitu.  Saja ingin ku kongsikan buat kenanganku kemudian hari. Oh ya, di UPM ada nama kolej serumpun. Nama Serumpun ini wujud sebab ada 4 kolej dalam satu kawasan, kolej 12 ,kolej 14, kolej 15 dan kolej 16. Mahasiswa kolej2 lain kalau datang jenguk serumpun buat pertama kali mesti berkejut πŸ˜‚ katanya bangunan blok serumpun macam rumah flat. Ok cukup setakat ini. Mari kita sambung kisah aku dkt yupiem ini. Haha.
--------------
Semester 1

1) Minggu Perkasa Putra @ minggu orientasi
Pendaftaran masuk UPM pada 31 Ogos 2016. Sungguh patriotik bukan.πŸ˜‚ Selesai daftar masuk semua itu, bermulalah sesi orientasi. Siang berkisarkan UPM, malam semangat kolej dipupuk dkt kolej masing2 oleh MTM kolej. Aku ingat2 lupa apa lagi yang dibuat sepanjang minggu orientasi tu πŸ˜‚ maklumlah hati teringat akan kawan2 masa stpm. Uhuksss. Walhal aku dkt yupiem je kan πŸ˜‚

* ada banyak lagi yang ingin aku tulis disini . ahahahhaha. akan aku tulis kemudian hari , mencari idea bagaimana hendakku olah pengalaman kepada sebuah penulisan yang telus.


Comments